Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tiga rentung, sembilan terselamat dalam kemalangan
  • NASIONAL

Tiga rentung, sembilan terselamat dalam kemalangan

Utusan Sarawak 5 years ago
SUMBER: Jabatan Bomba dan Penyelamat

JOHOR BAHRU: Tiga rentung manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Genuang-Tenang, Kampung Melayu Raya Segamat, Segamat malam semalam.

 Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat Pegawai Bomba Kanan II Fuad Mohamad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan  pada 10.47 malam dan 15 anggota berserta tiga jentera daripada BBP Segamat dan Labis digegaskan ke lokasi kejadian.  

“Ketika tiba di lokasi didapati dua kereta iaitu jenis Honda Accord dan Proton Saga terbakar,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya selepas kebakaran dipadamkan, pihaknya menemukan tiga mangsa yang rentung iaitu satu di tempat duduk pemandu Honda Accord dan dua lagi ditemukan di dalam kereta Proton Saga.

Nahas turut menyaksikan sembilan lagi mangsa yang menaiki tiga lagi kenderaan, iaitu tujuh yang menaiki Proton Saga berlainan dan masing-masing seorang lelaki yang memandu Perodua Alza dan Proton Wira mengalami kecederaan.

Menurutnya setakat ini maklumat mangsa belum diperoleh.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata pihaknya sedang melakukan siasatan bagi mengenal pasti mangsa serta punca nahas. — Bernama

Continue Reading

Previous: Bekas setiausaha sulit kanan menteri direman
Next: Keprihatinan Agong dihargai rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.