Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rafflesia bunga ikonik, penjenamaan semula perlu berhati-hati
  • TEMPATAN

Rafflesia bunga ikonik, penjenamaan semula perlu berhati-hati

Utusan Sarawak 12 hours ago
DATUK Len Talif Salleh bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Hari Integriti Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar di Kuching, hari ini.

KUCHING: Cadangan menukar nama bunga Rafflesia perlu diperhalusi kerana ia bukan sahaja berkait rapat dengan warisan budaya dan sejarah, malah membabitkan aspek penyelidikan saintifik.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, penukaran nama flora atau fauna bukan perkara mudah memandangkan ia tertakluk kepada sistem penamaan global selain memberi kesan dari sudut praktikal dan penjenamaan.

“Kita perlu berhati-hati, terutama dalam soal penjenamaan semula. Nama saintifik sesuatu spesies tidak boleh ditukar sewenang-wenangnya kerana ia mesti mempunyai asas kukuh,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Hari Integriti Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar di salah satu hotel di sini, hari ini.

Isu itu timbul selepas Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan agar nama bunga Rafflesia ditukar sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 sebagai tanda penghormatan kepada pemimpin negara serta mencerminkan identiti tempatan.

Cadangan tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat termasuk pakar akademik, pencinta alam sekitar dan ahli politik, dengan sebahagian besar berpendapat bahawa nama Rafflesia telah sinonim dengan biodiversiti rantau ini sejak ratusan tahun lalu.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: ALUMASTER Sarawak raih pensijilan SIRIM dan CIDB untuk produk aluminium

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.