Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 16 pintu musnah, kerajaan berusaha bantu bina semula Rumah Panjang Jantum
  • Tengah
  • WILAYAH

16 pintu musnah, kerajaan berusaha bantu bina semula Rumah Panjang Jantum

Utusan Sarawak 10 hours ago
FRIDAY Belik tampil menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran yang kini ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Sri Krian, semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Krian.

SARATOK: Kerajaan akan membantu membina semula Rumah Panjang Jantum di Nanga Belangun, Ulu Krian yang musnah dalam kebakaran baru-baru ini secepat mungkin, selepas mengambil kira laporan dan faktor berkaitan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata selaku wakil rakyat, beliau perlu menunggu laporan lengkap daripada agensi sebelum tindakan lanjut dapat diambil.

“Walau bagaimanapun, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memaklumkan jenis bantuan awal yang akan disalurkan dalam masa terdekat,” jelasnya.

Sementara itu, Friday turut tampil menyampaikan bantuan barangan makanan kepada kesemua mangsa kebakaran yang kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Sri Krian, semalam.

Dalam kunjungan itu, beliau turut meluangkan masa berinteraksi dengan mangsa bagi memberikan kata-kata semangat kepada mereka yang masih trauma akibat tragedi berkenaan.

“Saya berpuas hati dengan keadaan di PPS ini, khususnya komitmen dan kerjasama semua agensi yang terlibat dalam operasi pemindahan serta pengurusan pusat pemindahan dengan penuh dedikasi dan profesional,” katanya.

Terdahulu, dalam kejadian kebakaran Rabu lalu, sebanyak 16 pintu Rumah Panjang Jantum di Nanga Belangun, Ulu Krian, telah musnah dalam kebakaran yang berlaku sekitar 1.35 tengah hari.

Muhammad Dino Amid sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Saratok telah mengisytiharkan secara rasmi pembukaan PPS Dewan Masyarakat Sri Krian, Saratok bermula 5.00 petang pada hari tersebut.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Saratok yang juga Pegawai Daerah Mohammad Dino Amid, Pegawai Kesihatan Daerah Saratok Dr. Mualim Shah, serta Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong, Abdul Shamat Kassim.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Bengkel VAE fokus pemantapan cadangan projek infrastruktur MiRRDA
Next: Chong misleading public on KIA expansion and new airport plan, says Kho Teck Wan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.