Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Taman Negara Bako, Bukit Lambir dicalon Tapak Warisan ASEAN
  • TEMPATAN

Taman Negara Bako, Bukit Lambir dicalon Tapak Warisan ASEAN

Utusan Sarawak 7 hours ago
UCAPAN… Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika merasmikan Sambutan Hari Integriti Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak di Kuching, hari ini.

KUCHING: Sarawak telah mencalonkan Taman Negara Bako dan Taman Negara Bukit Lambir sebagai Tapak Taman Warisan ASEAN (AHP).

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, langkah itu susulan kejayaan Taman Negara Niah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun lalu.

Menurut beliau, proses penilaian oleh Pusat Biodiversiti ASEAN (ACB) telah dijalankan dari 6 hingga 13 Mei lepas, dan keputusan rasmi dijangka diumumkan pada September ini.

“Selain itu, Sarawak turut beriltizam untuk memperoleh pengiktirafan UNESCO Global Geopark bagi Sarawak Delta Geopark menjelang tahun 2026.

“Bagi tujuan itu, penilaian oleh pihak UNESCO telah dilaksanakan pada 23 hingga 26 Jun lalu,” katanya.

Tambah beliau, usaha-usaha tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif pemeliharaan khazanah alam semula jadi, di samping memperkasa ekonomi setempat melalui sektor pelancongan khususnya di kawasan yang telah dan bakal diiktiraf, serta Sarawak secara amnya.

Beliau berkata demikian menerusi ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh sempena Sambutan Hari Integriti Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak di sini, hari ini.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Warga MUDeNR digesa amalkan budaya kerja berintegriti, telus
Next: ALUMASTER Sarawak raih pensijilan SIRIM dan CIDB untuk produk aluminium

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.