Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • KDN siasat Sarawak Tribune berhubung penerbitan artikel
  • SEMASA

KDN siasat Sarawak Tribune berhubung penerbitan artikel

Utusan Sarawak 11 hours ago
KENYATAAN Media daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalankan siasatan terhadap Sarawak Tribune berikutan aduan awam mengenai penerbitan artikel bertajuk Militant Using Press Cover Eliminated pada 12 Ogos.

KDN dalam kenyataan hari ini, memaklumkan tiga individu daripada syarikat penerbitan itu telah dipanggil memberikan keterangan secara berasingan.

Siasatan difokuskan terhadap penerbitan yang berpotensi menimbulkan kegusaran awam, menggugat ketenteraman serta melibatkan kemungkinan pelanggaran syarat permit di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

“KDN memandang serius tindakan menyiarkan artikel tersebut yang menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Justeru, syarikat akhbar diingatkan supaya lebih teliti, bertanggungjawab dan beretika dalam penerbitan berita,” menurut kenyataan itu.

KDN memaklumkan kesalahan menyiarkan berita tidak benar, mengelirukan atau penerbitan dikategorikan sebagai tidak diingini boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 301.

Jika sabit kesalahan, hukuman boleh dikenakan ialah penjara sehingga tiga tahun, denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali, termasuk kemungkinan pembatalan permit penerbitan.

KDN menegaskan tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuai dalam penerbitan sehingga boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Selain itu, tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya akan dipertimbangkan selepas siasatan dilengkapkan. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Terkini: Perhimpunan aman ‘Keadilan Untuk Zara’ di Limbang Ahad ini, ditangguhkan – Penganjur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.