Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kejohanan SK Ulu Daro platform cungkil bakat dan sahsiah pelajar
  • SUKAN

Kejohanan SK Ulu Daro platform cungkil bakat dan sahsiah pelajar

Utusan Sarawak 15 hours ago
SAFIEE….Merakam kenangan selepas merasmikan Majlis Penangguhan Kejohanan Olahraga Tahunan dan Sukan Pra-Sekolah SK Ulu Daro 2025 di Kompleks Sukan Daro, semalam.

DARO: Penglibatan para pelajar dalam aktiviti bersukan dan kokurikulum harus seimbang untuk melahirkan murid yang cemerlang dalam akademik, cergas dan berakhlak mulia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, aktiviti sukan dan kokurikulum adalah elemen penting dalam membentuk generasi pelajar yang sihat, cerdas serta berdaya saing.

“Justeru, sukan harus seiring dengan pendidikan anak-anak kerana keseimbangan kedua-duanya akan melahirkan murid yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah cergas dan berakhlak mulia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Penangguhan Kejohanan Olahraga Tahunan dan Sukan Pra-Sekolah SK Ulu Daro 2025 di Kompleks Sukan Daro, semalam.

Menurut beliau, penganjuran kejohanan tersebut bukan sahaja berfungsi sebagai platform mencungkil bakat baharu dalam bidang sukan, malah turut memperkukuh nilai kesukanan, disiplin dan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar.

Safiee turut menggesa ibu bapa agar lebih peka terhadap perkembangan anak-anak di sekolah serta memberikan sokongan penuh terhadap penyertaan mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum.

“Penglibatan ibu bapa adalah kunci kejayaan bersama dalam membentuk kecemerlangan pelajar,” ujar beliau.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan peruntukkan RM5,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Ulu Daro untuk melaksanakan program dan aktiviti sekolah.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Rexy optimis pasangan beregu mampu bawa pulang pingat
Next: Sukan SEA Pekak 2025: Malaysia borong lima emas olahraga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.