Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Lelaki didakwa bunuh gelandangan di Sibu, sebutan semula kes pada 3 Oktober
  • MAHKAMAH

Lelaki didakwa bunuh gelandangan di Sibu, sebutan semula kes pada 3 Oktober

Utusan Sarawak 12 hours ago
ANGGOTA POLIS mengiringi tertuduh keluar dari Mahkamah Majistret bagi menghadapi pertuduhan.

SIBU: Seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki membunuh seorang gelandangan di Pintu Gerbang Sibu pada 7 Ogos lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi menghadapi pertuduhan membunuh.

Bagaimanapun tiada pengakuan diambil daripada tertuduh berusia 38 tahun setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Oon Kork Chern, yang kemudiannya menetapkan 3 Oktober ini bagi sebutan semula kes.

Terdahulu, tertuduh didakwa membunuh seorang lelaki tanpa identiti (Mr X) di Pintu Gerbang Sibu, Jalan Chamber pada 7 Ogos 2025, kira-kira 9.30 malam.

Sehubungan itu, tertuduh melakukan kesalahan yang dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.

Susulan kejadian itu, pihak polis telah menangkap sembilan suspek termasuk tertuduh bagi membantu siasatan. 

Pada 11 Ogos lepas, tertuduh bersama beberapa suspek lain telah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan, sebelum disambung reman empat hari lagi pada 18 Ogos. 

Lapan suspek yang lain itu kemudian dibebaskan dengan ikat jamin polis dan dijadikan saksi pihak pendakwaan.

Ketika prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Haris Danial Mohamed Hassan sementara tertuduh tidak diwakili.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Lelaki ditetapkan bela diri September ini atas pertuduhan edar syabu
Next: Bekas Pengerusi JKKK didenda RM50,000 seleweng wang pampasan tanah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.