Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Penyanyi rap ditahan berkeliaran dalam keadaan hampir bogel
  • HIBURAN

Penyanyi rap ditahan berkeliaran dalam keadaan hampir bogel

Utusan Sarawak 17 hours ago
PENYANYI Lil Nas X.

LOS ANGELES: Penyanyi terkenal Lil Nas X telah ditahan oleh polis semalam selepas ditemui berkeliaran dalam keadaan hampir bogel di Los Angeles, hanya memakai seluar dalam dan sepasang but koboi berwarna putih.

Sebuah video yang dimuat naik di laman TMZ menunjukkan penyanyi lagu hit Old Town Road itu berjalan dengan yakin di salah satu jalan utama di bandar tersebut, hanya dengan pakaian minima.

Sepanjang rakaman, penyanyi rap itu beberapa kali berinteraksi dengan individu yang merakam video tersebut, sambil berkata: “Jangan lewat ke parti malam ini.”

Tidak jelas parti mana yang dimaksudkan atau ke mana arah tujunya, ketika dia berjalan di bahagian tengah jalan yang hampir kosong.

Dalam satu detik, beliau meminta individu di dalam kenderaan itu menyerahkan telefon mereka supaya dia boleh membuangnya.

“Aku nak lempar jauh supaya kau takkan jumpa lagi. Aku tak suka telefon,” katanya.

“Bukankah aku dah suruh kau letak telefon tu? Uh-oh, nampaknya ada yang kena bayar untuk itu,” tambahnya sambil menggoyangkan jarinya dengan gaya dramatik.

Seorang jurucakap Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) memberitahu AFP bahawa pihak polis telah dipanggil ke kawasan Studio City sejurus sebelum subuh.

“Ada seorang lelaki berbogel berjalan di tengah jalan,” kata jurucakap itu.

“Sebaik tiba di lokasi, suspek bertindak menyerang pegawai polis. Dia ditahan dan dibawa ke hospital tempatan bagi pemeriksaan kemungkinan terlebih dos, sebelum ditahan atas tuduhan mencederakan pegawai polis.”

Jurucakap itu juga berkata beliau tidak dapat mendedahkan identiti lelaki tersebut.

Foto yang disiarkan oleh TMZ menunjukkan selebriti flamboyan itu meletakkan kon trafik di atas kepalanya.

Setakat ini, Lil Nas X atau wakilnya belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Filem mega-hit China Ne Zha II tampilkan Michelle Yeoh tarik penonton AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.