Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SPRM Sarawak tekankan budaya integriti dalam kalangan penjawat awam
  • TEMPATAN

SPRM Sarawak tekankan budaya integriti dalam kalangan penjawat awam

Utusan Sarawak 2 days ago
Pengarah SPRM Sarawak, Hasbilah Mohamad Salleh menyampaikan ucapan perasmian sempena Program Pemerkasaan Integriti dan Antirasuah di Politeknik Mukah, hari ini.

MUKAH: Program Pemerkasaan Integriti dan Antirasuah bersama pegawai serta staf Politeknik Mukah hari ini menegaskan pentingnya budaya integriti diterapkan dalam setiap aspek pentadbiran, selari dengan tema ‘Membudaya Integriti, Mendukung Malaysia Madani’.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak, Hasbilah Mohamad Salleh berkata, sebagai penjawat awam, setiap individu memegang amanah besar terhadap rakyat dan negara.

“Ketirisan, penyalahgunaan kuasa dan gejala rasuah dalam perkhidmatan awam boleh menggagalkan dasar kerajaan serta melemahkan kepercayaan rakyat terhadap institusi. 

“Dalam konteks Malaysia Madani, integriti adalah tunjang kepada prinsip akauntabiliti dan kebertanggungjawaban. Tanpa integriti, nilai hormat, ihsan dan kepercayaan tidak dapat direalisasikan,” katanya dalam sebuah kenyataan, hari ini. 

Hasbilah Mohamad Salleh bergambar kenangan bersama warga Politeknik Mukah selepas merasmikan Program Pemerkasaan Integriti dan Antirasuah.

Beliau menekankan bahawa warga perkhidmatan awam perlu bukan sahaja mengamalkan integriti secara peribadi, tetapi turut memimpin melalui teladan dengan menjadi contoh kepada rakan sekerja, pelajar dan komuniti.

Hasbilah berkata, peranan institusi pendidikan seperti Politeknik Mukah amat penting kerana selain melahirkan tenaga kerja teknikal, ia juga bertanggungjawab membentuk warga yang beretika dan bermoral tinggi. 

“Kita perlu melaksanakan sistem dan prosedur yang telus, memastikan pematuhan terhadap peraturan kewangan serta menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk salah laku, tidak kira sebesar atau sekecil mana,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata SPRM amat mengalu-alukan kerjasama berterusan dengan institusi pendidikan kerana usaha pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan. 

Program seperti ini menurutnya memberi ruang kepada warga kerja untuk mendapatkan maklumat, memahami undang-undang dan mengetahui saluran pelaporan yang betul sekiranya timbul sebarang isu integriti.

Beliau menegaskan bahawa integriti tidak boleh diwarisi, sebaliknya perlu dibina dan dipupuk setiap hari. 

“Organisasi yang cemerlang lahir daripada pemimpin yang jujur, amanah dan telus. Saya menyeru agar warga Politeknik Mukah komited menjadikan integriti sebagai budaya kerja menyeluruh. Jadilah agen perubahan, tegurlah dengan hikmah, laporkan dengan berani, dan pertahankan kebenaran walau sesulit mana,” ujarnya.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: UKM tuan rumah Penterjemahan Antarabangsa 2027, fokus kukuh warisan dan AI
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi UTS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.