Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Newcastle mungkir janji – Isak
  • SUKAN

Newcastle mungkir janji – Isak

Utusan Sarawak 20 hours ago
ALEXANDER Isak. Foto AFP

LIVERPOOL, England: Alexander Isak percaya perpindahannya dari Newcastle adalah “demi kebaikan semua pihak” selepas akhirnya bersuara mengenai kemelut jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tengah-tengah spekulasi mengenai keinginannya ke Liverpool.

Penyerang antarabangsa Sweden itu, yang menamatkan musim lalu sebagai penjaring kedua terbanyak EPL, tidak diturunkan pada aksi pramusim mahupun perlawanan pembukaan kempen baharu, seri 0-0 menentang Aston Villa Sabtu lalu.

Liverpool dilaporkan sudah membuat bidaan £110 juta (RM626 juta) yang ditolak Newcastle, dengan The Magpies dikatakan menuntut rekod perpindahan Britain hingga £150 juta (RM854 juta) bagi pemain berusia 25 tahun itu.

Isak mengeluarkan kenyataan awal pagi tadi selepas memutuskan untuk tidak hadir ke majlis anugerah Persatuan Pemain Bolasepak Profesional (PFA) walaupun tersenarai dalam skuad terbaik EPL 2024-25.

“Saya berdiam diri terlalu lama sementara orang lain bercakap. Diam itu membolehkan orang menyatakan versi mereka sendiri, walaupun mereka tahu ia tidak menggambarkan apa yang sebenarnya diperkatakan dan dipersetujui secara tertutup,” tulis Isak di Instagram.

“Kenyataannya adalah janji sudah dibuat dan kelab sudah lama mengetahui pendirian saya. Untuk bertindak seolah-olah isu ini baru timbul adalah mengelirukan.

“Apabila janji dimungkiri dan kepercayaan hilang, hubungan tidak boleh diteruskan. Itulah keadaan saya sekarang dan sebab mengapa perubahan adalah demi kebaikan semua pihak, bukan hanya saya seorang.”

Menurut laporan, Isak dijanjikan kontrak baharu yang dipertingkatkan, namun kelab menangguhkan perkara itu kerana tekanan untuk mematuhi peraturan kemampanan kewangan.

Sejak menyertai dari Real Sociedad pada 2022, Isak menyumbat 62 gol dalam 109 penampilan, termasuk gol kemenangan menentang Liverpool pada final Piala Liga awal tahun ini yang menamatkan penantian 70 tahun Newcastle untuk meraih trofi domestik.

Liverpool sudah berbelanja sekitar £300 juta (RM1.7 bilion) untuk memperbaharui skuad yang menjulang kejuaraan EPL musim lalu.

Namun mereka juga memperoleh lebih £200 juta (RM1.14 bilion) hasil jualan pemain dan masih mencari penyerang baharu selepas pemergian Luis Diaz dan Darwin Nunez serta kematian tragis Diogo Jota.

Sebarang perjanjian dijangka tidak akan dimuktamadkan sebelum kedua-dua kelab berdepan dalam aksi EPL di St James’ Park, Isnin ini. – AFP

Continue Reading

Previous: Salah cipta sejarah raih gelaran ketiga Pemain Terbaik PFA
Next: Simanggang berpotensi jadi venue tinju Sukan SEA 2027

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.