Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Salah cipta sejarah raih gelaran ketiga Pemain Terbaik PFA
  • SUKAN

Salah cipta sejarah raih gelaran ketiga Pemain Terbaik PFA

Utusan Sarawak 21 hours ago
PENYERANG Liverpool dan Mesir, Mohamed Salah meraikan kejayaan merangkul anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA 2024-25 pada satu majlis di Opera House, Manchester. Foto AFP

MANCHESTER, England: Mohamed Salah muncul pemain pertama memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional (PFA) sebanyak tiga kali awal pagi tadi, selepas membantu Liverpool menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Penyerang Mesir itu menjaringkan 29 gol dan mencipta 18 umpanan gol untuk menjulang The Reds bagi gelaran ke-20 liga utama England sekali gus menyamai rekod dengan berbaki empat perlawanan musim lalu.

Salah turut memenangi anugerah itu pada musim 2017-18 dan 2021-22.

Pemain berusia 33 tahun itu sebelum ini juga meraih gelaran Pemain Terbaik oleh Persatuan Penulis Bolasepak (FWA) dan Liga Perdana dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Bintang muda Aston Villa, Morgan Rogers pula dipilih sebagai Pemain Muda Terbaik selepas musim cemerlang yang turut menyaksikan pemain tengah menyerang itu melakukan penampilan sulung bersama skuad kebangsaan England.

Dalam skuad terbaik PFA Liga Perdana 2024-25, Salah ditemani rakan sepasukan Liverpool – Virgil van Dijk, Ryan Gravenberch dan Alexis Mac Allister.

Milos Kerkez, yang berpindah ke Anfield dari Bournemouth Jun lalu, turut tersenarai bersama tiga pemain Arsenal – William Saliba, Gabriel Magalhaes dan Declan Rice.

Dua pemain Nottingham Forest, Matz Sels dan Chris Wood juga diberikan pengiktirafan, manakala penyerang Newcastle yang dilaporkan mahu berpindah, Alexander Isak dipilih selepas menamatkan musim di tangga kedua dalam perebutan Kasut Emas di belakang Salah.

Bagi kategori wanita, pemain Arsenal, Mariona Caldentey memenangi anugerah Pemain Terbaik selepas membantu The Gunners menjulang trofi Liga Juara-Juara Wanita.

Pemain tengah Sepanyol itu menjaringkan 19 gol dalam semua pertandingan, termasuk lapan dalam Liga Juara-Juara pada musim sulungnya di England. – AFP

Continue Reading

Previous: Kejohanan Badminton Dunia 2025: Herry guna analisis video rangka strategi beregu negara
Next: Newcastle mungkir janji – Isak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.