Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pendaki muda Jerman maut terjatuh dari puncak berhampiran gunung tertinggi Austria
  • GLOBAL

Pendaki muda Jerman maut terjatuh dari puncak berhampiran gunung tertinggi Austria

Utusan Sarawak 22 hours ago
PUNCAK gunung tertinggi Austria, Grossglockner. Foto hiasan

VIENNA: Seorang pendaki Jerman berusia 29 tahun maut selepas terjatuh daripada ketinggian beberapa ratus meter ketika menuruni kawasan berhampiran puncak gunung tertinggi Austria, Grossglockner, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Polis di Tyrol memaklumkan pendaki dari Rhineland-Palatinate itu mendaki seorang diri pada Isnin apabila tiga pendaki lain menyaksikan dia tiba-tiba terjatuh berhampiran Teufelshorn (Tanduk Syaitan), sebuah puncak berdekatan Grossglockner.

Saksi segera menghubungi pasukan penyelamat dan sebuah helikopter kecemasan dihantar ke lokasi. Namun, pasukan penyelamat hanya berjaya membawa turun mayatnya.

Polis mengesahkan keadaan cuaca adalah baik pada masa kejadian, namun punca sebenar kemalangan masih belum dikenal pasti.

Teufelshorn terletak bersebelahan Grossglockner yang berketinggian 3,798 meter dan merupakan gunung tertinggi Austria.– Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Hampir 400 orang jadi korban hujan monsun di Pakistan
Next: Robot digunakan untuk pembersihan serpihan radioaktif di Fukushima

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.