Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MTPMA63: Isu pendidikan, kesihatan Sarawak Sabah sebahagian besar dipersetujui
  • NASIONAL

MTPMA63: Isu pendidikan, kesihatan Sarawak Sabah sebahagian besar dipersetujui

Utusan Sarawak 3 days ago
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

KUALA LUMPUR: Sebahagian besar tuntutan berhubung isu pendidikan dan kesihatan di Sabah dan Sarawak telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 2 Tahun 2025 di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata mesyuarat itu penting kerana ia merupakan persiapan bagi MTPMA63 Bilangan 1 Tahun 2025 yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuching, Sarawak pada 12 September ini.

Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu, yang mempengerusikan mesyuarat tersebut, berkata bagi isu pendidikan, antara persetujuan yang dicapai ialah penglibatan kerajaan negeri dalam perancangan projek pembangunan pendidikan, perkongsian maklumat perpindahan pegawai kanan dan penyaluran peruntukan bagi program pembangunan profesional.

“Bagi isu kesihatan pula, mesyuarat bersetuju dengan beberapa tuntutan termasuk peningkatan peruntukan belanja mengurus dan pembangunan, pemberian kuasa autonomi kepada Pengarah Kesihatan Negeri dalam beberapa perkara serta pengukuhan sumber manusia di Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Sarawak,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata isu lain akan terus dibincang dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan dan Kesihatan Negeri Sabah dan Sarawak di bawah Kementerian Pendidikan serta Kementerian Kesihatan. 

Fadillah berkata pada mesyuarat itu juga, dua kertas makluman yang masing-masing dibentang oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan dibawa ke Mesyuarat MTPMA63 Bilangan 1 Tahun 2025 untuk diputuskan.

“Tuntutan lain yang masih berlarutan akan terus dipantau oleh Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63 serta jawatankuasa kerja berkaitan di peringkat kementerian,” katanya.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh wakil kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak termasuk beberapa menteri, timbalan menteri serta pegawai kanan.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Budaya buli perlu dibendung sejak sekolah rendah – Agong
Next: 16 tuntutan MA63 masih dalam penelitian – TPM Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.