
KAPIT: Orang ramai boleh menggunakan semula simpang Jalan Bukit Goram dan Jalan Ulu Sungai Kapit mulai 20 Ogos ini selepas ia dibuka sepenuhnya kepada pengguna.
Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembukaan semula jalan itu akan memudahkan aliran trafik di kawasan berkenaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan aliran trafik boleh dibuat dengan menghubungi Pejabat JKR Bahagian Kapit di talian 084-796040 pada waktu pejabat.
Orang ramai turut dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika melalui kawasan berdekatan tapak pembinaan demi keselamatan.
Oleh Tarani Lanting