Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM2 juta untuk tapak baharu perkuburan Islam
  • TEMPATAN

RM2 juta untuk tapak baharu perkuburan Islam

Utusan Sarawak 5 years ago
KERJASAMA… Penduduk masyarakat Islam tempatan bekerjasama dengan pelbagai agensi bergotong-royong membersihkan tapak perkuburan Islam Sarikei.

SARIKEI: Peruntukan sebanyak RM2 juta diluluskan oleh Kerajaan Sarawak untuk menyediakan tapak baharu perkuburan Islam di hujung Jalan Rentap seluas 10 hektar.

Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh berkata, tanah perkuburan lama Islam di Sarikei sudah bertapak selama 60 ke 70 tahun.

“Kalau kita lihat perkuburan lama Islam di Sarikei ini sudah ke tahap yang kritikal.

“Setelah saya mohon kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, beliau bersetuju untuk menyediakan tapak seluas 10 hektar dan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi penyediaan tapak perkuburan Islam baharu di hujung Jalan Rentap.

“Insya-Allah, kita harap tapak perkuburan baharu ini dapat digunakan pada tahun yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Gotong-Royong Sempena Sambutan Jubli Mutiara Jabatan Agama Islam Sarawak Ke-30 Tahun Peringkat Bahagian Sarikei bertempat di tapak perkuburan Islam Sarikei, pagi semalam.

Dalam pada itu, Len Talif turut mengucapkan terima kasih kepada Abang Johari Tun Openg bagi pihak warga Sarikei atas penyediaan peruntukan RM2 juta dan tapak 10 hektar.

Berkenaan dengan program gotong-royong sempena Sambutan Jubli Mutiara Jabatan Agama Islam Sarawak Ke-30 Tahun Peringkat Bahagian Sarikei, beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata, gotong-royong ini merupakan satu daripada acara kemuncak untuk sambutan tersebut.

“Program gotong-royong tersebut mampu meningkatkan pemahaman dan kesedaran masyarakat demi kebaikan bersama.

“Alhamdulillah, kesanggupan lebih 100 penduduk dan pelbagai agensi menyertainya juga membuktikan sikap positif dalam kalangan masyarakat,” ujarnya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Continue Reading

Previous: Mencari sinar bagi gelandangan
Next: Abang Jo bermesra dengan penduduk Telaga Air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.