

Aksi penuh bertenaga gimnas muda mempersembahkan rutin kreatif mereka dalam Kejohanan Antara Sekolah AGG Sarawak 2025.
KUCHING: Lebih 150 gimnas berusia tujuh hingga 18 tahun dari Sarawak dan Sabah menyertai Kejohanan Antara Sekolah Gimnastik Berkumpulan Estetik (AGG) Sarawak 2025 yang berlangsung di Dewan Sa’ati, Ibu Pejabat SUPP, di sini, hari ini.
Acara anjuran Persatuan Gimnastik Berkumpulan Estetik Sarawak (SAGGA) dengan kerjasama Persatuan Gimnastik Berkumpulan Estetik Malaysia (MAGGA) itu menampilkan rutin wajib bagi kategori Bawah 10, Bawah 12 dan Bawah 18, sebagai sebahagian daripada Program Sekolah yang diendorskan oleh MAGGA.
Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kitang, Dato Ir. Lo Khere Chiang yang hadir sebagai tetamu kehormat menyifatkan AGG sebagai lebih daripada sekadar sukan kerana ia membentuk disiplin, semangat dan perpaduan belia.
Beliau turut menyerahkan sumbangan bernilai RM3,000 kepada SAGGA bagi menyokong pembangunan sukan tersebut.


Aksi penuh bertenaga gimnas muda mempersembahkan rutin kreatif mereka dalam Kejohanan Antara Sekolah AGG Sarawak 2025.
Kejohanan itu turut disertai pasukan dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK (C) Sungai Apong, SJK (C) Sungai Lubak, SJK (C) Batu 4 1/2, SJK (C) Chung Hua No. 6, Mine Studio, Track & Dance Studio serta Rainbow RG Club dari Sibu.
Kategori jemputan pula menyaksikan penyertaan SJK (C) St. James Kota Kinabalu dan LK Dream House dari Sabah.
Bagi keputusan pertandingan, pasukan Red Storm dari Track & Dance Studio meraih emas kategori Bawah 18, manakala Cheerful Cremery (Track & Dance Studio) dan Stars of Sarawak (Mine Dance Studio) berkongsi emas kategori Bawah 12.
Kategori Bawah 10 pula dimenangi The Gifted Six (Track & Dance Studio) dan Six Stars (SJK Chung Hua No. 6).
Naib Presiden SAGGA, Dr. Nur Shahkizza Mohd. Jefry berkata kejohanan berkenaan memberi peluang kepada gimnas muda untuk menyerlahkan bakat serta membina keyakinan diri, disiplin dan kerjasama berpasukan.