Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 18 organisasi terima peruntukan MRP RM147,000 di Marudi
  • WILAYAH

18 organisasi terima peruntukan MRP RM147,000 di Marudi

Utusan Sarawak 2 days ago
PENERIMA cek MRP merakam gambar bersama Datuk Gerawat Gala di Pusat Khidmat DUN Mulu. Foto: Jiku Jukuong

MARUDI: Sebanyak 18 organisasi menerima Peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang berjumlah RM147,000 daripada Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Pemantauan Buruh, Imigreen dan Projek), Datuk Gerawat Gala hari ini.

Penyerahan cek MRP tersebut disempurnakan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu, cawangan Marudi.

Antara penerima cek MRP berkenaan ialah Persatuan Sukan dan Kebudayaan Baram, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Good Shepherd Marudi, Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Unit Sungai (Sg) Sebatang Marudi, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Padang Kerbau A, Marudi, SIDS Unit Rumah (Rh) Umbar Sg Melikat, JKKK Sg Melikat, SIDS Pampang Marudi, JKKK Rh Sator, Kampung Memaloh dan JKKK Padang Kerbau A Marudi.

Pertubuhan lain yang turut menerima ialah SIDS Unit Stapang B, Urusetia Saudara Kita Daerah Marudi, JKKK Logan Entassan Baram, SIDS Unit Sg Sengkabang, Kelab Polis Baram, Kelab Sokanjaya Jabatan Kerja Raya (JKR) Marudi, JKKK Kampung Padang Kerbau B, SIDS Unit Rh Rok Lenei Ulu dan JKKK Kampung Padang Kerbau B.

Beliau berharap semua penerima peruntukan MRP tersebut menggunakannya untuk tujuan menyiapkan projek masing-masing.

Katanya, semua projek yang dirancang perlu diteruskan dan jika sudah dilaksanakan perlu memberi laporan kepada beliau.

Oleh Jiku Jukuong  

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pusat Hemodialisis Saratok terima naik taraf laluan dan parkir demi keselesaan pesakit
Next: Ibu bapa diingat manfaatkan Program Imunisasi anjuran KKM di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.