Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ibu bapa diingat manfaatkan Program Imunisasi anjuran KKM di Miri
  • Utara
  • WILAYAH

Ibu bapa diingat manfaatkan Program Imunisasi anjuran KKM di Miri

Utusan Sarawak 3 days ago
LAWAT…Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man semasa melawat tapak Program Imunisasi Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Myy Mall Miri.

MIRI: Ibu bapa di sekitar Miri dan daerah berhampiran digesa agar tidak melepaskan peluang untuk melindungi anak-anak mereka melalui Program Imunisasi Kebangsaan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berlangsung dari 4 Ogos hingga 12 Oktober 2025.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata beliau menyokong penuh inisiatif ini kerana ia bukan sahaja melindungi kanak-kanak daripada penyakit berbahaya, malah membantu meringankan beban kewangan ibu bapa.

Katanya, program seperti ini adalah satu pelaburan jangka panjang untuk masa depan negara dan memastikan generasi akan datang membesar dengan sihat, cerdas, dan berdaya saing.

“Saya menggesa semua ibu bapa di Miri untuk tidak melepaskan peluang ini. Bawa anak-anak anda ke lokasi yang telah ditetapkan untuk mendapatkan perlindungan tambahan daripada demam campak.

“Kesihatan anak-anak adalah tanggungjawab bersama, dan dengan kerjasama semua pihak, kita mampu memastikan Miri kekal sebagai bandar yang sihat, selamat, dan sejahtera untuk semua,” ujarnya selepas melawat tapak program tersebut di Myy Mall di sini.

LAWAT…Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man semasa melawat tapak Program Imunisasi Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Myy Mall Miri.

Program ini menyasarkan kanak-kanak berumur antara enam bulan hingga 59 bulan (bawah lima tahun) yang lahir antara 1 Ogos 2020 hingga 31 Januari 2025 dan terbuka kepada semua warganegara dan bukan warganegara.

Objektif program ini adalah untuk memberi perlindungan tambahan terhadap jangkitan demam campak serta mencegah penularan penyakit itu dalam komuniti.

Bagi penduduk di sekitar Bandaraya Miri, pemberian vaksin boleh diperoleh secara terus di Emart Riam, Boulevard Shopping Mall dan Myy Mall, bermula dari 12.00 tengah hari hingga 7.00 petang.

Sementara itu, bagi kawasan luar bandar seperti Beluru dan Telang Usan, imunisasi boleh didapati melalui janji temu atau secara terus di Klinik Kesihatan berhampiran, dari 8.00 pagi hingga 4.00 petang pada hari bekerja.

Ibu bapa diingatkan untuk membawa Buku Rekod Kesihatan Kanak-Kanak semasa hadir ke lokasi pemberian vaksin. Setiap suntikan akan direkodkan dalam buku tersebut sebagai rujukan kesihatan anak pada masa akan datang.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: 18 organisasi terima peruntukan MRP RM147,000 di Marudi
Next: SK Lempa miliki dewan serbaguna baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.