Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Huang sumbang RM20,000 kepada Kelab Bola Keranjang Repok
  • Tengah
  • WILAYAH

Huang sumbang RM20,000 kepada Kelab Bola Keranjang Repok

Utusan Sarawak 1 day ago
TERIMA KASIH… Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan sumbangan kepada Kelab Bola Keranjang Repok.

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Huang Tiong Sii telah menyumbangkan sebanyak RM20,000 kepada Kelab Bola Keranjang Repok.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Sarikei yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, sumbangan tersebut adalah sebagai tanda sokongan beliau kepada kelab berkenaan sempena penganjuran Liga Bola Keranjang 2025.

“Liga Bola Keranjang 2025 telah bermula pada 15 Ogos dan akan berlangsung sehingga 7 September 2025. Saya berharap pada masa hadapan, lebih ramai golongan muda akan melibatkan diri dalam sukan bola keranjang,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian pembukaan Liga Bola Keranjang 2025 yang diadakan di sebuah restoran di sini, malam tadi.

Katanya, bagi melahirkan lebih ramai bakat baharu yang berkualiti, latihan secara sistematik, termasuk latihan khas untuk pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah perlu diadakan. 

“Sebagai wakil rakyat, saya sentiasa memberi perhatian dan sokongan terhadap pembangunan sukan di kawasan ini. 

“Melalui peruntukan secara berperingkat di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP), sebuah gelanggang bola keranjang berbumbung sedang dibina di Meranti. 

“Projek ini masih dalam proses penambahbaikan dan apabila siap kelak, saya berharap ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya. 

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Muzik tradisional pelbagai kaum gema panggung MBKS, serlah semangat perpaduan
Next: MBM rampas barang peniaga ganggu kawasan awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.