Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM Anwar lancar Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam, perkukuh agenda Malaysia MADANI
  • NASIONAL

PM Anwar lancar Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam, perkukuh agenda Malaysia MADANI

Utusan Sarawak 2 days ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama warga kakitangan awam selepas Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-20 “Perkhidmatan Awam MADANI” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Turut kelihatan, Dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (empat, kiri) dan Datuk Seri Fadillah Yusof (tiga, kiri) serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar (dua, kanan). Foto Bernama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam sempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali ke-20 (MAPPA XX).

Pelancaran dasar itu menandakan komitmen berterusan kerajaan untuk melahirkan generasi pegawai awam yang berkemahiran tinggi, inovatif dan berintegriti, bersedia mendepani cabaran masa depan serta memperkukuh agenda Malaysia MADANI.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan memaklumkan pembangunan bakat merupakan pemangkin utama ke arah meningkatkan kecekapan, daya cipta dan profesionalisme pegawai awam.

“Dasar tersebut memberi penekanan kepada penilaian prestasi berteraskan merit dan kompetensi, peningkatan kemahiran secara berterusan, pemupukan budaya kerja berprestasi tinggi dan berintegriti, penyediaan laluan kerjaya yang jelas bagi melahirkan kepimpinan serta memastikan sektor awam kekal berwibawa,” menurut kenyataan itu.

Ia memaklumkan dasar itu digubal bagi memastikan sektor awam sentiasa relevan, responsif dan mampu memacu agenda reformasi negara. 

Menurut JPA, pendekatan sistematik dan bersepadu yang digariskan meliputi pemetaan bakat di semua peringkat perkhidmatan, pelaksanaan program pembangunan kepimpinan yang inklusif dan berskala besar, pengukuhan kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi, industri dan rakan antarabangsa selain penggunaan teknologi dan data dalam menilai, memantau serta memacu perkembangan bakat.

MAPPA XX, yang bertemakan ‘Perkhidmatan Awam MADANI Teras Kecemerlangan’, menghimpunkan lebih 30,000 pegawai awam secara fizikal dan maya.

Program itu turut menampilkan forum Cakna Inspirasi MAPPA, 43 reruai pameran perkhidmatan serta penyediaan ruang solat Jumaat untuk 1,000 jemaah sebagai simbol penyatuan nilai rohani dan profesionalisme dalam sektor awam.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta barisan Menteri Kabinet antaranya Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan barisan ketua setiausaha kementerian turut menghadiri majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Tambah baik skim ATM, hadiah pengiktirafan akademik dan dana INTAN – PM Anwar
Next: Pemansuhan syarat disahkan jawatan permudah penjawat awam tunai haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.