Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular sawa 2.5 meter ditangkap di Kampung Narum Marudi
  • WILAYAH

Ular sawa 2.5 meter ditangkap di Kampung Narum Marudi

Utusan Sarawak 1 day ago
ANGGOTA APM Marudi berjaya menangkap seekor sawa di celah bumbung rumah seorang pengadu di Kampung Narum dengan menjerut reptilia tersebut. Foto APM Marudi

MARUDI: Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Marudi berjaya menangkap ular sawa sepanjang 2.5 meter di celah bumbung rumah pengadu di Kampung Narum Marudi pagi semalam.

Pegawai Pertahanan Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata Skuad Alpha seramai empat anggota diketuai Sarjan (PA) Siti Abdullah bergerak ke lokasi dengan jarak lebih kurang 3.4 kilomter dari lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 2.54 pagi.

Sebaik tiba di lokasi, anggota APM mendapati ular berkenaan bersembunyi di celah bumbung rumah pangadu.

Ular sawa tersebut berjaya ditangkap dengan kaedah menjerut dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Skuad APM bergerak balik ke Pusat Kawalan Operasi Daerah Marudi pada 3.13 pagi setelah selesai tugas.

Oleh Jiku Jikuong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Festival Integriti Samarahan tegas tolak rasuah
Next: MBKS teguh semangat ‘No One Left Behind’ – RM67,105.85 dikumpul untuk 22 NGO

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.