Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Pembangunan Komuniti meriah di Pasar Sabu
  • WILAYAH

Program Pembangunan Komuniti meriah di Pasar Sabu

Utusan Sarawak 12 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis turut hadir pada Program Pembangunan Komuniti di kawasan Pasar Sabu, semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Program Pembangunan Komuniti anjuran Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Cina Temudok semalam berlangsung meriah di kawasan Pasar Sabu, semalam.

Program gotong-royong yang turut disertai Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis ini menumpukan kepada kerja-kerja menebang dan memangkas pokok yang berisiko membahayakan keselamatan pengguna jalan.

Turut berganding bahu ialah penduduk Kampung Sungai Suang, Sabu serta pasukan Sarawak Energy Berhad (SEB) yang memastikan operasi berjalan lancar dengan menutup sementara bekalan elektrik di kawasan terlibat.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang menekankan kepentingan menjaga kebersihan persekitaran demi mengelakkan pembiakan nyamuk dan mencegah penyakit.

“Setakat ini kita telah melaksanakan tiga program pembangunan komuniti, dan beberapa lagi akan menyusul. 

“Saya berpuas hati dengan hasil kerja serta ceramah kesedaran yang pastinya memberi kesan positif kepada komuniti,” katanya dalam ucapan ringkasnya.

DATUK Francis Harden Hollis turut hadir pada Program Pembangunan Komuniti di kawasan Pasar Sabu, semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Simanggang

Sebagai pelengkap program, sebanyak 30 keluarga memerlukan menerima sumbangan bakul makanan sekali gus mengukuhkan semangat kebersamaan dan kepedulian sosial di kawasan JKKK Cina Kampung Temudok, Sri Aman.

Turut hadir Penolong Setiausaha MDSA, Regina Giles Senin, Pemanca Denneil Saweng, Pemanca Lee Siang Hua, Pengerusi Bahagian Pembangunan Komuniti MDSA, Kaunselor Ajin Bunchol, Penghulu Tiong Chong Onn dan Penghulu Kang Tai Kong.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Usaha Tadika Krista Taman Centurion didik keselamatan jalan raya dipuji Fatimah
Next: Kampung Taba Sait bersiap sambut Program Santunan Desa KEMAS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.