Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • MSSB Kuching dinobat juara Kejohanan Bola Sepak MSS Sarawak 2025 Bawah 12 Tahun
  • SUKAN

MSSB Kuching dinobat juara Kejohanan Bola Sepak MSS Sarawak 2025 Bawah 12 Tahun

Utusan Sarawak 19 hours ago
. Pegawai, jurulatih dan pemain MSSB Kuching meraikan kejayaan mereka selepas dinobat sebagai juara. Foto: Adi Safarman

SIMANGGANG: Skuad Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) Kuching merangkul kejuaraan Kejohanan Bola Sepak MSS Sarawak 2025 Bawah 12 Tahun selepas menundukkan MSSB Samarahan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti di Kompleks Sukan Sri Aman, sebentar tadi.

Aksi final sengit itu berakhir tanpa jaringan (0-0) selepas 40 minit perlawanan sebenar, memaksa pemenang ditentukan menerusi penalti.

Skuad MSSB Kuching berjaya menebus dendam mereka ke atas MSSB Samarahan pada edisi 2023 untuk bergelar juara musim ini. Foto: Adi Safarman

Dengan kemenangan ini, MSSB Kuching membawa pulang piala kejuaraan, pingat serta sijil penghargaan. MSSB Samarahan pula selaku naib juara turut menerima piala, pingat dan sijil.

Kejayaan tersebut sekaligus menjadi penebus dendam buat MSSB Kuching selepas dikecewakan oleh MSSB Samarahan dalam final edisi 2023 di Bumi Simanggang, juga melalui penentuan penalti dengan keputusan 6-7.

Pasukan MSSB Samarahan muncul naib juara pada edisi kali ini. Foto: Adi Safarman

Sementara itu, aksi penentuan tempat ketiga pagi tadi menyaksikan MSSB Limbang menundukkan MSSB Bintulu 2-1 dalam perlawanan yang penuh mendebarkan di Padang KPSU Lama, Sri Aman.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sri Aman, Abdul Rahman Muhiyuddin. 

Pasukan MSSB Limbang berada di kedudukan ketiga. Foto: Adi Safarman

Kejohanan yang berlangsung selama empat hari yang bermula Isnin lalu bukan sekadar medan persaingan, tetapi juga platform mencungkil bakat baharu bola sepak di peringkat sekolah rendah. 

Lebih penting, ia menjadi pentas pemilihan pemain yang akan mewakili Sarawak ke Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun peringkat kebangsaan di Kelantan, September ini.

Pasukan MSSB Bintulu berada di tempat keempat. Foto: Adi Safarman
 

Turut hadir Penolong Pengarah Pendidikan Sarawak Sektor Pembangunan Murid, Arthur Memojo John Sikos, wakil Residen Bahagian Sri Aman, Muhammad Hafiz Kepli, Pegawai PPD Lubok Antu, Vevien Mujah, Timbalan PPD Daerah Lubok Antu Sektor Pembangunan Murid, Tubau Limbai dan Pengerusi Majlis Guru Besar (MGB) Malaysia Daerah Sri Aman, Alfred Kendim.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: 213 wira, wirawati Sarawak buru kejuaraan SBAM 2025
Next: Leoni sah milik Liverpool dengan yuran perpindahan RM172 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.