Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Serangan anak Rafizi: Polis belum terima laporan ugutan terhadap isteri
  • JENAYAH

Serangan anak Rafizi: Polis belum terima laporan ugutan terhadap isteri

Utusan Sarawak 12 hours ago
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar. Foto Bernama

SHAH ALAM: Polis belum menerima sebarang laporan berhubung ugutan diterima isteri Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli susulan insiden melibatkan anak lelakinya yang disuntik individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata bagaimanapun pihaknya mengambil maklum perkara berkenaan dan akan mengesan nombor telefon yang digunakan bagi menghantar mesej ugutan tersebut.

“Setakat petang ini laporan belum lagi dibuat, mungkin selepas ini akan dibuat oleh beliau (Rafizi),” katanya pada sidang media berhubung serangan ke atas anak bekas menteri ekonomi itu di sini hari ini. 

Terdahulu, Rafizi pada sidang media di bangunan Parlimen berkata ugutan itu diterima isterinya pada 1.12 pagi dan 11.02 pagi hari ini, masing-masing mengandungi ancaman “diam, andai teruskan AIDS” serta emoji picagari, daripada nombor telefon yang sama.

Mengulas mengenai keadaan semasa mangsa, Shazeli berkata kanak-kanak itu berada dalam keadaan stabil selain pihak hospital telah mengambil sampel darah bagi mengesan sebarang komplikasi berikutan insiden tersebut. 

“Siasatan di tempat kejadian setakat ini belum menemukan picagari dipercayai digunakan dalam insiden ini,” katanya. 

Rafizi dalam kenyataan semalam mengesahkan mangsa serangan itu ialah anaknya dan ketika kejadian, dua suspek lelaki terbabit berpakaian hitam, bertopi keledar dan menaiki sebuah motosikal telah mengekori kereta isterinya.

Menurut bekas Menteri Ekonomi itu, anaknya ditarik secara tiba-tiba serta dicucuk dengan jarum suntikan.

-Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 38 laporan jalur gemilang terbalik diterima – KPN
Next: Syarikat asing salah guna lesen, operasi haram akan dikenakan tindakan tegas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.