Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • JIPS Bukit Aman siasat pegawai penyiasat, penyelia kes kematian Zara
  • JENAYAH

JIPS Bukit Aman siasat pegawai penyiasat, penyelia kes kematian Zara

Utusan Sarawak 14 hours ago

KUALA LUMPUR:  Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan menjalankan siasatan terhadap pegawai penyiasat termasuk penyelia yang terbabit dalam siasatan kematian Zara Qairina Mahathir.

Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Hamzah Ahmad berkata siasatan berhubung kejadian terbabit sedang dilaksanakan pihaknya termasuk ketidakpatuhan kepada prosedur siasatan membabitkan kematian pelajar berusia 13 tahun itu.

“Siasatan sedang dijalankan (termasuk) ketidakpatuhan kepada prosedur siasatan membabitkan kematian Zara Qairina,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada siasatan turut membabitkan penyelia seperti Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) dan Ketua Polis Daerah (OCPD), Hamzah berkata semua perkara terbabit masih dalam siasatan pihaknya.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar dilaporkan berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap pegawai penyiasat dan penyelianya susulan dapatan hasil siasatan pasukan Task Force Bukit Aman mendapati terdapat ketidakpatuhan kepada prosedur siasatan membabitkan kematian Zara Qairina.

Beliau berkata siasatan pasukan Task Force bermula pada 11 Ogos lepas dan hasil penemuan awal mendapati terdapat ketidakpatuhan kepada prosedur siasatan apabila pegawai penyiasat tidak membuat permohonan untuk proses bedah siasat.

Jumaat lepas, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan supaya kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan terhadap jenazah pelajar berkenaan.

AGC memutuskan demikian selepas berpendapat wujud keperluan untuk siasatan lanjut oleh pihak polis demi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Berikutan itu, pada 9 Ogos, kubur remaja berkenaan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang di Sabah digali semula dan jenazahnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, untuk proses bedah siasat sebelum dikebumikan semula dua hari lepas di tanah perkuburan sama.

Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai selepas dimasukkan ke hospital setelah dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar pada 4 pagi, 16 Julai.– Bernama

Continue Reading

Previous: Integrated ‘Op Sekat’ in Kuching nabs 78 undocumented migrants and one local man
Next: 38 laporan jalur gemilang terbalik diterima – KPN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.