Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Nostalgia warnai perjumpaan bekas pelajar SMK BM Saratok 1979
  • Tengah
  • WILAYAH

Nostalgia warnai perjumpaan bekas pelajar SMK BM Saratok 1979

Utusan Sarawak 1 day ago
MAJLIS Perjumpaan Semula Bekas Guru dan Pelajar SMK Bahasa Malaysia Saratok sesi persekolahan 1979 yang berlangsung di Inap Desa Wan Brunei, Kabong malam tadi. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka.

KABONG: Suasana penuh keakraban dan nostalgia menyelubungi Majlis Perjumpaan Semula Bekas Guru dan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahasa Malaysia Saratok sesi persekolahan 1979 yang berlangsung di Inap Desa Wan Brunei di sini, malam tadi.

Acara yang menghimpunkan seramai 60 bekas pelajar dan guru itu turut disiarkan secara langsung melalui platform dalam talian bagi membolehkan rakan-rakan di luar kawasan, termasuk di Miri, sama-sama menikmati momen berharga tersebut.

Sesi 1979 merupakan kumpulan pelajar pertama SMK Bahasa Malaysia Saratok sejak sekolah itu dibuka pada tahun sama, menjadikan pertemuan ini lebih bermakna.

Para hadirin berkongsi kenangan manis zaman persekolahan, mengimbau saat-saat awal penubuhan sekolah dan kisah persahabatan yang terjalin lebih empat dekad lalu.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran bekas pendidik yang pernah mencurah ilmu kepada kumpulan ini, antaranya Cikgu Borhan, Wan Busrah Wan Skran, Kiprawi Trang, Yusuf Trang dan Sahari Md Nor. Kehadiran mereka disambut penuh mesra oleh bekas anak murid yang kini sudah berjaya dalam pelbagai bidang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata penganjuran majlis ini dilaksanakan secara santai hasil usaha dan komitmen ahli kumpulan WhatsApp ‘Sepangkeng’ yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran acara.

Beliau turut melahirkan rasa syukur atas kejayaan pertemuan ini, sambil mendoakan agar hubungan persahabatan yang terjalin terus kukuh dan diberkati.

“Semoga Allah SWT membalas segala usaha ikhlas semua pihak dengan ganjaran pahala dan mempermudahkan urusan kita semua,” katanya.

Perjumpaan semula ini katanya bukan sahaja menjadi medan mempererat silaturahim, tetapi juga mengukuhkan penghargaan terhadap jasa guru-guru yang pernah menjadi tunjang pendidikan mereka.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Lo Khere Chiang welcomes new members to SUPP Batu Kitang Branch
Next: ADUN Kalaka komited sokong pembangunan sukan tinju di Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.