

PADAM… Anggota bomba BBP Lutong ketika mengadakan demo memadam api menggunakan APA dan tong gas pada Program Kempen Keselamatan Kebakaran anjuran Bersama BBP Lutong dan Taskforce Leader Petronas SWO4 di sini hari ini.
MIRI: Seramai 50 peserta Petronas Stesen Minyak menyertai program kempen keselamatan kebakaran anjuran bersama Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Lutong dan Ketua Pasukan Khas Petronas SWO4 di sini, hari ini.
Peserta adalah terdiri daripada 13 Petronas Stesen (PS) iaitu PS Lutong, Pujut-Lutong, Jalan Bintang, Desa Senadin, Bekenu, Pujut, Lambir, Piasau, Taman Tunku, Miri-By Pass, Jalan Bulan Sabit, Luak Bay dan Pujut 8.


PADAM… Anggota bomba BBP Lutong ketika mengadakan demo memadam api menggunakan APA dan tong gas pada Program Kempen Keselamatan Kebakaran anjuran Bersama BBP Lutong dan Taskforce Leader Petronas SWO4 di sini hari ini.
Menurut kenyataan Ketua BBP Lutong PBT II Henry Jugah, tujuan program adalah untuk membantu pertugas keselamatan di setiap PS (Petronas Stesen) atau Pegawai yang bertanggungjawab dalam menyelia dan mengawasi keselamatan PS di dalam aspek pengurusan risiko kebakaran secara strategik.
Selain itu, untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran kakitangan PS mengenai kebakaran.
“Maka rasionalnya adalah untuk menyelamatkan nyawa dan mengelakan kecederaan, bertindak dengan pantas dan menyekat kemerebakan kebakaran sebelum pihak bomba tiba.



PADAM… Anggota bomba BBP Lutong ketika mengadakan demo memadam api menggunakan APA dan tong gas pada Program Kempen Keselamatan Kebakaran anjuran Bersama BBP Lutong dan Taskforce Leader Petronas SWO4 di sini hari ini.
“Bagi skop pula memahami punca berlaku kebakaran, mewujudkan langkah-langkah pencegahan kebakaran, melaksanakan pelan bertindak kecemasan,” katanya.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk demonstrasi memadam api menggunakan Alat Pemadam Api (APA) dan tong gas, pertandingan membentang serta mengulung hos secara berpasukan, dan pertandingan memakai pakaian operasi bomba.
Turut hadir Ketua Pasukan Khas Petronas SW04 Saldina Abdul Salam, Penyelia Pasukan Charlie PBK II Mohammad Faizul Ali, Penyelia Pasukan Alpha PBK II (KUP) Edwin AK Siba dan 13 Pengurus PS.
Oleh Adum Liu