Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • AGC putuskan adakan inkues berhubung kematian Zara Qairina
  • NASIONAL

AGC putuskan adakan inkues berhubung kematian Zara Qairina

Utusan Sarawak 3 days ago
ZARA Qairina disahkan meninggal dunia di hospital sama pada 17 Julai lepas.

PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk menjalankan inkues bagi menentukan punca dan sebab kematian Zara Qairina Mahathir.

AGC dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung kes membabitkan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha itu pada 12 Ogos lepas.

Menurut AGC, prosiding inkues itu bertujuan menentukan punca dan sebab kematian Zara Qairina termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya.

“Proses ini akan dikendalikan di Mahkamah Koroner secara bebas dan telus mengikut peruntukan undang-undang,” menurut kenyataan itu.

AGC juga memaklumkan keputusan itu adalah selaras dengan peruntukan di bawah Subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593).

Pada 8 Ogos lepas, AGC memaklumkan bahawa mayat Zara Qairina, 13, perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan.

AGC berpendapat wujud keperluan untuk siasatan lanjut oleh PDRM demi memastikan ia dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Berikutan itu, jenazah remaja tersebut yang disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang, Sabah digali semula pada 9 Ogos lepas dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat sebelum dikebumikan semula awal pagi Isnin di tanah perkuburan sama.

Zara Qairina disahkan meninggal dunia di hospital sama pada 17 Julai lepas.

Pelajar itu dibawa ke hospital berkenaan selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi 16 Julai. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: MCMC siasat video didakwa persenda lagu Negaraku, dua individu dipanggil
Next: JAKIM anjur majlis bacaan Yasin dan solat hajat buat Allahyarham Zara Qairina esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.