Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan negara ke Rusia
  • NASIONAL

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan negara ke Rusia

Utusan Sarawak 3 days ago
YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat berangkat tiba di tanah air hari ini selepas mengakhiri lawatan negara lima hari ke Rusia. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat berangkat tiba di tanah air hari ini selepas mengakhiri lawatan negara lima hari ke Rusia.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor pada 6.30 pagi.

Berangkat menyambut keberangkatan tiba Sultan Ibrahim ialah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bersama Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Semalam, pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kazan pada 11.08 pagi.

Sultan Ibrahim yang menaiki takhta pada 31 Jan 2024, mengadakan lawatan buat julung-julung kalinya ke Rusia bermula 5 Ogos lepas atas undangan Presiden Rusia Vladimir Putin.

Kunjungan ini disifatkan sebagai bersejarah kerana Seri Paduka Baginda merupakan Ketua Negara Malaysia pertama mengadakan lawatan negara ke Rusia sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1967.

Lawatan ini adalah yang keempat dilaksanakan oleh Sultan Ibrahim selepas Singapura, China dan Brunei.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Proses bedah siasat selesai, jenazah Zara Qairina dibawa keluar dari hospital
Next: STR Fasa 3 dibayar mulai esok, 8.6 juta rakyat akan terima bayaran sehingga RM650 – MOF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.