Wanita cedera tersepit dalam kemalangan kendiri di Serian

Facebook
WhatsApp
SEORANG wanita cedera selepas tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dalam satu kemalangan kendiri yang berlaku di Simpang Rasau, Jalan Serian-Balai Ringin, awal pagi tadi. Foto PGO Bomba


SERIAN: Seorang wanita cedera selepas tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dalam satu kemalangan kendiri yang berlaku di Simpang Rasau, Jalan Serian-Balai Ringin, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.22 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 10 kilometer.

Tiba pada 6.33 pagi, pasukan mendapati mangsa dalam keadaan sedar namun tersepit di bahagian pemandu dengan kecederaan di kepala.

Operasi mengeluarkan mangsa diketuai PBK I Nasihin Jaum berjaya dilakukan pada 6.38 pagi sebelum diserahkan kepada pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan awal.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Serian untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Oleh Amanda L.

Wanita rugi RM317,000 diperdaya sindiket bomoh

SIBU: Seorang wanita tempatan berusia lingkungan 70an kerugian RM317,000 selepas diperdaya dua wanita yang menawarkan rawatan tradisional dan upacara perlindungan dalam