Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Belukar satu ekar terbakar di Jalan Kelupu, Bintangor
  • KEBAKARAN

Belukar satu ekar terbakar di Jalan Kelupu, Bintangor

Utusan Sarawak 7 hours ago
PADAM KEBAKARAN….Anggota bomba memadam kebakaran menggunakan tiga batang pemerap api. Foto BBP Bintangor


BINTANGOR: Kebakaran belukar melibatkan keluasan kira-kira satu ekar telah berlaku di kawasan Batu 1/2, Jalan Kelupu, pada petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.49 petang. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba diketuai oleh komander operasi Pegawai Bomba Kanan II (‎PBK) II Herman Basa bergegas ke lokasi. 

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran belukar sedang berlaku,” katanya ketika dihubungi. 

Menurutnya, komander operasi mengarahkan anggota bomba memadam kebakaran menggunakan tiga batang pemerap api. 

“Api berjaya dipadamkan dalam tempoh lebih kurang tujuh minit. 

“Operasi memadam kebakaran belukar selesai sepenuhnya pada 4.12 petang,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kilang Press Metal Samalaju dilanda kebakaran, tiada mangsa cedera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.