Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Ujian penilaian program DLP Sarawak Oktober ini, cuma babit tiga subjek
  • PENDIDIKAN

Ujian penilaian program DLP Sarawak Oktober ini, cuma babit tiga subjek

Utusan Sarawak 1 day ago
MANFAATKAN SEBAIKNYA….. Datuk Dr Annuar Rapa’ee merakam kenangan bersama semua Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah penerima geran MRP pada majlis yang berlangsung di SMK Agama Sibu, hari ini.

SIBU: Ujian Penilaian Program Dwi Bahasa (UP-DLP) Sarawakakan diadakan pada 15 dan 16 Oktober 2025, bertujuan menilai tahap pelaksanaan semasa program DLP di negeri ini.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapa’ee, ujian ini hanya melibatkan tiga subjek utama dalam DLP Sarawak, iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

“Sebab itu, hanya tiga mata pelajaran sahaja yang diuji. Tiada subjek bahasa (Bahasa Melayu) untuk peperiksaan ini. Tiga subjek yang terlibat ialah Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. 

“Peperiksaan ini akan diadakan selama dua hari dan hanya untuk sekolah Sekolah Kebangsaan (SK) sahaja. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) tidak terlibat kerana mereka tidak menggunakan DLP, maka mereka tidak termasuk dalam peperiksaan ini,” jelasnya kepada pemberita, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu berkata, peperiksaan ini akan dinilai oleh Cambridge Certificate of Education di bawah Sukatan pelajaran Sijil Am Antarabangsa Pendidikan Menengah (IGCSE).

“Kami tidak akan mengumumkan berapa A, B atau C yang pelajar dapat. Tiada perkara seperti itu, tujuan kami hanyalah untuk mengetahui prestasi pelajar dan prestasi sekolah.

“Kami juga tidak akan umumkan sekolah mana terbaik atau kedua terbaik, tiada konsep seperti itu. Sekolah akan diberitahu berapa ramai pelajar mereka mencapai tahap cemerlang, dan berapa ramai yang berada di bawah tahap purata. 

“Maklumat ini hanya diterima oleh pihak sekolah supaya langkah pemulihan dapat diambil kemudian untuk membantu sekolah yang lemah. Inilah objektif peperiksaan ini, untuk mengetahui prestasi DLP dan mengenal pasti sekolah yang memerlukan bantuan,” ujarnya.

Beliau memberitahu, soalan peperiksaan disediakan secara tempatan, tetapi Cambridge University Press and Assessment (CUP&A) yang menentukan sama ada soalan tersebut layak untuk peperiksaan atau tidak, jika terlalu mudah, ia akan ditolak.

“Premier (Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) telah menandatangani MoU dengan mereka di Cambridge (CUP&A),” ujarnya.

Katanya, integriti peperiksaan dijaga sepenuhnya, dimana pencetakan kertas soalan tidak dilakukan di Sarawak, tetapi di lokasi yang dirahsiakan.

“Terdapat tiga set soalan disediakan. Ketua pengawas peperiksaan dan timbalan bukan guru sekolah sendiri, tetapi guru dari sekolah lain. Pusat pemeriksaan juga dirahsiakan dan pemeriksa tidak dibenarkan membawa kertas soalan keluar dari bilik pemeriksaan, mereka perlu memeriksa di situ sahaja. 

“Tiga pusat pemeriksaan telah dikenal pasti iaitu di zon tengah, zon utara dan zon selatan. Peperiksaan ini dijalankan secara profesional bagi memastikan integriti dan ketelusan, serta membina keyakinan ibu bapa terhadap sistem ini. Ini kali pertama diadakan, dan kami mahu ia dilakukan secara profesional,” kata beliau.

Terdahulu, Dr Annuar menyerahkan geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada dua sekolah menengah dan 10 sekolah rendah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka masing-masing menerima geran MRP RM7,500.

Oleh Akun Giman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Zahir kebimbangan peningkatan kes buli di sekolah
Next: Konvokesyen POLYCC Sarawak 2025: KKSR dan KKSRCS lahirkan graduan berkualiti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.