Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan bukan sekadar menang, tapi bentuk sahsiah murid
  • SUKAN

Sukan bukan sekadar menang, tapi bentuk sahsiah murid

Utusan Sarawak 2 days ago
MENYALAKAN…Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Sang menyalakan api obor simbolik Perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Kebangsaan (SK) Anchi 2025 di Miri hari ini. Foto UKAS

MIRI: Bidang sukan bukan sahaja menjadi platform untuk mengasah bakat sukan tetapi juga medan bagi melahirkan murid-murid yang semangat kesukanan, kerjasama berpasukan, disiplin diri dan sikap tidak mudah putus asa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Sang berkata, nilai-nilai inilah yang penting untuk membentuk murid yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik malah dalam kehidupan.

“Saya amat gembira melihat penyertaan yang meriah daripada semua murid. Semangat ini membuktikan bahawa sukan mampu menyatupadukan kita tanpa mengira latar belakang atau perbezaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Kebangsaan (SK) Anchi 2025 hari ini .

Mengenai kejohanan itu, Adam Yii  berharap para peserta akan bersaing dengan penuh semangat, tetapi dalam masa yang sama menjunjung tinggi semangat kesukanan.

“Menang atau kalah adalah lumrah pertandingan tetapi semangat untuk mencuba, berusaha dan menghormati pihak lawan adalah kemenangan yang sebenar.

“Justeru, saya juga sangat menghargai kehadiran ibu bapa ke temasya ini. Ini membuktikan para Ibu bapa sentiasa seiring dalam pembentukan kemenjadian murid di SK Anchi ini,” katanya.

Beliau menambah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga perlu lebih proaktif dan sentiasa memberi sokongan dalam membantu sekolah merealisasikan visi dan misi sekolah.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Slot beri bayangan terus ‘buru’ Isak
Next: Jurulatih berpengalaman Raja Isa terajui Pasukan Limbang FA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.