Rumah tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA Bomba bertindak memadam kebakaran sebuah rumah tidak kekal di Kampung Gita Lama, Jalan Pinang Jawa. Foto Bomba

PETRA JAYA: Sebuah rumah tidak kekal berkeluasan 20 x 40 kaki musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Gita Lama, Jalan Pinang Jawa di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.09 tengah hari sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dikerahkan ke lokasi dengan bantuan BBP Padungan.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal yang terbakar 100 peratus. 

“Pasukan operasi memadam api menggunakan dua aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan serta pam jentera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu. Operasi diketuai PBK II TBK I Jaafar Daud dan ditamatkan selepas api berjaya dikawal sepenuhnya.

Oleh Amanda L.

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis