Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Slot beri bayangan terus ‘buru’ Isak
  • SUKAN

Slot beri bayangan terus ‘buru’ Isak

Utusan Sarawak 8 hours ago

Arne Slot (kiri) dan Alexander Isak. Foto fail AFP

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Arne Slot tidak menolak kemungkinan tawaran lebih baik buat penyerang Newcastle, Alexander Isak ketika juara Liga Perdana Inggeris itu mahu menambah kekuatan serangan mereka dengan Darwin Nunez dijangka akan ke Arab Saudi.

Selepas melalui fasa perpindahan musim pertama yang agak senyap di bawah Slot, skuad Reds sudah membelanjakan £300 juta (RM1.71 bilion) bagi mendapatkan Florian Wirtz dan Hugo Ekitike selain pertahanan, Milos Kerkez dan Jeremie Frimpong.

Nunez menjadi seorang daripada pemain yang boleh dikeluarkan bagi membantu menjana wang apabila pemain Uruguay itu makin hampir dengan perpindahan bernilai £46 juta (RM262 juta) ke Al Hilal.

Laporan mengatakan tawaran Liverpool sebanyak £110 juta (RM627 juta) untuk Isak ditolak Newcastle, yang mahu memecahkan rekod perpindahan British.

“Anda jangan bercakap mengenai pemain yang bukan milik anda,” kata Slot pada sidang akhbar menjelang aksi Perisai Komuniti Ahad ini menentang Crystal Palace di Wembley, yang menjadi aksi pembuka tirai musim.

“Saya rasa kami ada ramai pemain serangan dalam pasukan. Apabila saya fikirkan Cody Gakpo, Federico Chiesa, Hugo Ekitike, Mo Salah, Jeremie Frimpong, yang juga boleh bermain selaku sayap kanan, Florian Wirtz, yang boleh bermain di sayap kiri, – saya rasakan ada banyak pilihan serangan dalam skuad yang ada.

“Tapi, seperti biasa sebagai sebuah kelab, kami sentiasa mencari peluang dalam pasaran.” – AFP

Continue Reading

Previous: Justin teruja sertai latihan di Denmark

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.