JIKU JUGUONG
MARUDI : Seorang lelaki dari Lubuk Amam Marudi didapati hilang setelah keluar untuk memasang pukat di sungai Baram semalam.
Menurut kenyataan Pegawai Bomba Zon Miri, PgKB1 Law Poh Kiong, maklumat yang diperoleh dari anak mangsa yang menyatakan ayahnya keluar untuk memasang pukat.
Menurut anak mangsa, ayahnya dipercayai hilang setelah penduduk kampung menjumpai perahu yang diguna mangsa hanyut dan barang-barang peribadi mangsa juga masih dalam perahu.
Sebaik menerima aduan mengenai kehilangan mangsa sepasukan anggota dari balai bomba dan penyelamat Marudi melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) diketuai PBK II Iskandar Bin Aus dengan empat anggota lain serta dibantu 11 orang penduduk kampung.
Dalam pada itu nama mangsa dan nama pengadu dan masa mangsa hilang tidak dinyatakan dan sehingga berita ini ditulis mangsa yang dilaporkan hilang itu belum dijumpai.
Sehubungan itu Ketua Polis Daerah Marudi Jo nak Hang tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan kejadian tersebut.