Tapak pelupusan sampah di Sibu terbakar, ditutup sementara

Facebook
WhatsApp
TAPAK PERLUPUSAN SAMPAH….Di Jalan Seng Ling, yang dilaporkan terbakar sejak semalam, telah ditutup kerana masih mengeluarkan asap, pagi tadi.

SIBU: Tapak pelupusan sampah di Jalan Seng Ling, di sini yang dilaporkan terbakar sejak semalam, telah ditutup kerana masih mengeluarkan asap, pagi tadi.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting Ing Hort berkata, pihaknya telah menerima maklum balas daripada orang awam bahawa asap putih keluar dari kawasan tersebut.

“Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya pencemaran di kawasan kejiranan mereka,” katanya dalam catatan di Facebooknya, hari ini.

Katanya, pihak majlis (MPS) berada di lokasi sejak semalam untuk memadamkan kebakaran tapak perlupusan sampah terbabit.

“Kemungkinan besar, kita perlu menggali timbunan sampah tersebut bagi memadamkan kebakaran yang berlaku di bawah permukaan tanah,” jelasnya.

Sementara itu, awal pagi tadi telah berlakunya keadaan berkabus telah menyelubungi sekitar kawasan pusat bandar Sibu.

Oleh Akun Giman

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis