Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Agong zahir ucapan terima kasih kepada Putin atas jemputan lawat Rusia
  • NASIONAL

Agong zahir ucapan terima kasih kepada Putin atas jemputan lawat Rusia

Utusan Sarawak 1 day ago

FOTO facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

MOSCOW: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan terima kasih kepada Presiden Rusia Vladimir Putin atas jemputan untuk mengadakan lawatan negara ke Rusia, lapor agensi berita TASS.

“Beta ingin merakamkan penghargaan atas sambutan yang diberikan dan beta ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas jemputan ini,” titah Seri Paduka Baginda kepada Putin semasa pertemuan rasmi mereka di Kremlin.

Sultan Ibrahim turut memuji kepimpinan Putin dan bertitah bahawa Presiden Rusia itu telah memimpin negara “melalui masa yang mencabar dan sukar” serta menunjukkan “wawasan dan daya tahan” sebagai pemimpin yang berwibawa.

Ini merupakan lawatan negara pertama oleh Ketua Negara Malaysia ke Rusia sejak kedua-dua negara menjalinkan hubungan diplomatik pada 1967.– Bernama-TASS

Continue Reading

Previous: Ketua Hakim Negara berikrar lindungi, pertahan kebebasan badan kehakiman
Next: Fahmi ucap takziah kepada keluarga penerbit RTM Allahyarham Irwan Budi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.