Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Enam sekeluarga hilang tempat tinggal dalam kebakaran di Sibu
  • KEBAKARAN

Enam sekeluarga hilang tempat tinggal dalam kebakaran di Sibu

Utusan Sarawak 2 days ago

MUSNAH… Sebuah rumah di Jalan Oya, Batu 18, Jalan Quarry Sibu-Bintulu musnah dalam kebakaran, petang semalam. Foto JBPM Zon Sibu

SIBU: Enam sekeluarga hilang tempat tinggal apabila rumah mereka di Jalan Oya, Batu 18, Jalan Quarry Sibu-Bintulu musnah dalam kebakaran, petang semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 3.05 petang.

“Sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran rumah seperti dilaporkan oleh pengadu. 

“Laluan ke lokasi kejadian tidak dapat dilalui oleh jentera berat yang mana jalan tersebut sempit dan berbukit,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Andy berkata, tiada tindakan operasi yang dilakukan kerana kebakaran telah terpadam dengan sendirinya.

“Lokasi tersebut didapati tiada saluran air dan sumber air terbuka. Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal satu tingkat.

“Didapati seramai enam penghuni rumah tersebut, semua dalam keadaan selamat dan kebakaran melibatkan 100 peratus,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: BBP Marudi teruskan operasi pemadaman kebakaran tanah gambut di Longan Unga
Next: Tapak pelupusan sampah di Sibu terbakar, ditutup sementara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.