Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tujuh kampung DUN Opar Bakal miliki dewan serbaguna baharu
  • Selatan
  • WILAYAH

Tujuh kampung DUN Opar Bakal miliki dewan serbaguna baharu

Utusan Sarawak 2 days ago
PENDUDUK dari tujuh kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar bakal menikmati kemudahan dewan serbaguna baharu, selepas tapak projek pembinaannya diserahkan secara rasmi kepada kontraktor dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung di sini, hari ini. Foto UKAS

LUNDU: Penduduk dari tujuh kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar bakal menikmati kemudahan dewan serbaguna baharu, selepas tapak projek pembinaannya diserahkan secara rasmi kepada kontraktor dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung di sini, hari ini.

Projek tersebut melibatkan Kampung Stungkor Baru, Siluk, Sembawang, Jantan, Sedaing, Tebaro dan Serayan Hilir di bawah inisiatif Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA), dengan pelaksanaan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching.

Majlis penyerahan tapak disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang, dan turut dihadiri Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Niponi Undek.

Billy dalam ucapannya berkata, pembinaan dewan serbaguna ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan sosial dan komuniti, serta pusat bagi pelbagai aktiviti masyarakat.

“Dewan ini bukan sahaja tempat untuk berhimpun, tetapi simbol kemajuan dan perpaduan masyarakat kita. Jagalah ia seperti harta sendiri,” tegasnya.

Projek ini merupakan antara usaha GKCDA untuk meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar melalui penyediaan infrastruktur yang moden, selamat dan selesa. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Michael Tiang prihatin kes budak jatuh longkang di Sibu
Next: 147 warga SK Saint Paul Roban sertai PROKSPA 2025 bersama APM Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.