Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KEMAS dan JKR Sarawak selaras projek pembangunan fasiliti
  • Selatan
  • WILAYAH

KEMAS dan JKR Sarawak selaras projek pembangunan fasiliti

Utusan Sarawak 3 days ago
TIMBALAN Pengarah (Sektor Infrastruktur) JKR Sarawak, Ir. Wisil Lichok, Pengarah KEMAS Sarawak, Anisah Saidin dan tetamu kehormat lain ketika Mesyuarat penyelarasan projek KEMAS RP1 hingga RP5.

KUCHING: Mesyuarat penyelarasan projek KEMAS RP1 hingga RP5 antara Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak telah diadakan di Pejabat Timbalan Pengarah JKR Sarawak, Tingkat 19, Wisma Saberkas di sini, baru-baru ini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah (Sektor Infrastruktur) JKR Sarawak, Ir. Wisil Lichok, dan turut dihadiri oleh Pengarah KEMAS Sarawak, Anisah Saidin.

Tujuan utama mesyuarat adalah untuk menyelaras pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur yang melibatkan fasiliti KEMAS di seluruh negeri Sarawak, selaras dengan peruntukan di bawah Rancangan Pembangunan.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk aspek teknikal, pelaksanaan fizikal projek, serta keperluan penyelarasan lanjut bagi memastikan setiap projek dapat dijalankan mengikut jadual dan spesifikasi yang telah ditetapkan.

Mesyuarat tersebut turut memperkukuh kerjasama strategik antara KEMAS dan JKR dalam usaha memastikan pembangunan prasarana pendidikan awal kanak-kanak, khususnya di kawasan luar bandar, dilaksanakan secara berkesan dan menyeluruh.

Turut hadir, Ts. Mohd Iswandi Ahmad Zaidin dan Arkitek Mohamad Ihsan bin Ramli dari JKR Sarawak serta Handrick Win Dolek, Pegawai Operasi Unit Kewangan dan Pembangunan serta Syalabiah Idet, Penolong Jurutera Awam.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Pesta Tatau 2025 tampil lebih 40 acara selama 17 hari
Next: JPJ Sarawak perketat pemeriksaan tali pinggang keledar bas di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.