Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 40 maut, hampir 8.6 juta terjejas akibat hujan monsun, siklon tropika landa Filipina
  • GLOBAL

40 maut, hampir 8.6 juta terjejas akibat hujan monsun, siklon tropika landa Filipina

Utusan Sarawak 2 days ago
PANDANGAN dari udara menunjukkan perkampungan banjir di Calumpit, wilayah Bulacan, utara Manila, selepas sungai melimpah akibat hujan lebat yang dibawa oleh Taufan Co-May. Foto fail AFP

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 40 orang terkorban dan hampir 8.6 juta penduduk terjejas akibat banjir besar melanda Filipina, dicetuskan oleh hujan monsun yang diperhebat tiga siklon tropika, menurut Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan ASEAN (AHA Centre).

Dalam kemas kini mingguan terbaharunya, AHA Centre memaklumkan bahawa daripada 40 kematian yang dilaporkan, 37 masih menunggu pengesahan rasmi, manakala sekurang-kurangnya 33 orang cedera dan lapan lagi masih hilang.

“Kesan gabungan monsun barat daya dan siklon tropika Wipha, Francisco dan Co-May mengakibatkan banjir di 299 kawasan, terutamanya di utara dan tengah Luzon, termasuk di Wilayah I, III dan Calabarzon setakat 4 Ogos,” menurut laporan itu.

AHA Centre turut memaklumkan bahawa banjir telah surut sepenuhnya di lebih 1,000 kawasan dan semakin surut di 40 kawasan lain, melibatkan anggaran 8.6 juta penduduk terjejas di 17 wilayah termasuk Metro Manila.

Sekurang-kurangnya 91,000 penduduk yang dipindahkan kini berlindung di 821 pusat pemindahan sementara lebih 108,000 lagi berlindung di rumah saudara-mara atau di luar kemudahan rasmi.

Sebanyak 254 bandar dan majlis perbandaran mengisytiharkan keadaan darurat, menurut AHA Centre.

Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan Filipina (NDRRMC) menganggarkan nilai kerosakan mencecah AS$334 juta, manakala bantuan berjumlah kira-kira AS$16.7 juta disalurkan oleh agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan rakan kemanusiaan.

AHA Centre, dengan kerjasama NDRRMC dan Pejabat Pertahanan Awam menghantar 1,000 kit kebersihan, 2,000 kit alatan perlindungan dan 500 kit keluarga dari gudangnya di Kem Aguinaldo, Bandar Quezon untuk diagihkan kepada komuniti yang terjejas.– Bernama

Continue Reading

Previous: Pilihan raya umum Bangladesh ditetapkan Februari – Yunus
Next: Sukan Robot Humanoid Dunia pertama akan berlangsung di Beijing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.