Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • AUBS 2025 kembali ikhtiraf kecemerlangan usahawan Bumiputera Sarawak
  • BISNES

AUBS 2025 kembali ikhtiraf kecemerlangan usahawan Bumiputera Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago
SIDANG MEDIA… Dato Sri Mohd. Naroden Majais bersama yang lain pada  sidang media Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak (AUBS 2025), hari ini.

KUCHING: Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak (AUBS 2025) kembali untuk edisi ketujuh bagi mengiktiraf kecemerlangan dan sumbangan usahawan Bumiputera dalam pembangunan ekonomi negeri Sarawak.

Penasihat (PKS) Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak Dato Sri Mohd. Naroden Majais berkata, AUBS pertama kali dianjurkan pada 2010 dan kali terakhir berlangsung pada 2023.

Katanya yang mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, edisi 2025 ini dianjurkan melalui kerjasama antara Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) serta Idris Ibrahim & Co Groups of Companies (IIG).

“Majlis kemuncak penyampaian anugerah dijadualkan berlangsung pada 27 September 2025 dan akan disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Sebanyak tiga kategori utama dipertandingkan dalam AUBS 2025 iaitu Anugerah Usahawan Bumiputera Cemerlang, Anugerah Usahawan Berjaya merangkumi enam sektor iaitu kelestarian, pembinaan dan pembangunan, pengilangan, agro-aqua-bio, perkhidmatan dan mikro serta Anugerah Usahawan Harapan bagi kategori wanita, lelaki dan belia,” katanya pada sidang media Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak (AUBS 2025), hari ini.

Tambahnya, setiap pemenang akan menerima trofi dan sijil penghargaan serta berpeluang dicalonkan ke peringkat lebih tinggi termasuk Usahawan Sarawak Terbaik Tahun Ini dan Anugerah Keusahawanan Nasional serta antarabangsa.

Beliau turut menggesa semua usahawan Bumiputera di seluruh negeri untuk menyertai pencalonan yang dibuka bermula hari ini hingga 14 Ogos 2025 sebagai sokongan kepada pembangunan ekosistem keusahawanan negeri.

Turut hadir Presiden DUBS Datu Abang Helmi Tan Sri Ikhwan, wakil Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak Connie Christopher Kesa, Pengerusi AUBS 2025 Juita Drap dan Timbalan Pengerusi AUBS 2025 Counsellor Halim Muhamad.

Oleh Norman B

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa  Malaysia dibuka rendah
Next: Harga runcit RON97, RON95 kekal – MOF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.