Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Roket Long March-12 berjaya hantar satelit internet ke angkasa
  • TEKNOLOGI

Roket Long March-12 berjaya hantar satelit internet ke angkasa

Utusan Sarawak 2 days ago

WENCHANG: China berjaya melancarkan roket pembawa Long March-12 pada Isnin, menghantar sekumpulan satelit internet ke angkasa dalam satu lagi kejayaan program angkasa lepas negara itu.

Roket berkenaan dilancarkan dari tapak pelancaran aeroangkasa komersial Hainan, selatan China pada 6.21 petang, membawa kumpulan ketujuh satelit internet orbit rendah ke orbit yang ditetapkan.

Pelancaran kali ini dijalankan di stesen 2 tapak pelancaran aeroangkasa komersial Hainan.

Sebelum ini, misi pelancaran roket pembawa Long March 8A berjaya dilakukan di stesen 1 pada 30 Julai lalu.

Dua pelancaran berturut-turut dalam masa yang singkat itu membuktikan keupayaan tapak itu dalam menyokong pelancaran berkapasiti tinggi dan kekerapan tinggi secara berterusan.

Tapak Pelancaran Aeroangkasa Komersial Hainan merupakan tapak pelancaran komersial pertama di China, dan kini mempunyai dua stesen pelancaran yang telah beroperasi masing-masing sejak 30 November 2024 dan 12 Mac 2025.– Bernama-CMG

Continue Reading

Previous: Sarawak perkenal pertanian pintar, agropelancongan tarik minat belia
Next: TECHON 2025 himpun 220 peserta dalam dan luar negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.