
MARUDI: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi meneruskan operasi pemadaman kebakaran tanah gambut di Longan Unga, Jalan Nanasa Marudi–Miri, yang memasuki hari ke-10 semalam.
Jelasnya, pasukan BBP bersama anggota daripada agensi lain meneruskan semula operasi pemadaman pada 1.40 petang, menggunakan satu aliran sepanjang 800 kaki di lokasi berbeza dengan sumber air dari kolam, sebelum operasi ditangguhkan pada 4.30 petang.
Jelas beliau, anggaran keluasan kebakaran tanah gambut yang berjaya dipadamkan di Longan Unga pada hari ke-10 adalah sekitar satu ekar.
Katanya, pasukan BBP bersama anggota daripada agensi lain turut menjalankan pemantauan di kawasan sekitar dan mendapati asap kebakaran telah berkurangan hasil daripada operasi pengeboman air serta bantuan hujan lebat pada Ahad.
Operasi dihentikan pada 5.00 petang dan beliau memaklumkan bahawa operasi pemadaman akan disambung hari ini, diketuai oleh Pegawai Operasi Balai KB2, Nasir Razali.
Jarak kawasan kebakaran tanah gambut tersebut adalah sejauh 12 kilometer, dengan agensi lain yang terlibat termasuk Anggota Pertahanan Awam Malaysia (dua anggota) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) seramai tiga anggota.
Oleh Jiku Juguong