Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 330 saman dikeluarkan dalam Op Pelbagai di Miri, termasuk 48 kes nombor plat ‘fancy’
  • JENAYAH

330 saman dikeluarkan dalam Op Pelbagai di Miri, termasuk 48 kes nombor plat ‘fancy’

Utusan Sarawak 6 hours ago
PERIKSA…Pasukan polis trafik memeriksa salah sebuah kenderaan dalam Op Pelbagai yang dijalankan bermula 28 Julai hingga semalam di Miri. 


MIRI:
Sebanyak 330 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, termasuk 48 berkaitan nombor plat ‘fancy’, dalam Op Pelbagai yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri bermula 28 Julai hingga semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee menerusi satu kenyataan hari ini, operasi itu memberikan tumpuan khusus terhadap kesalahan nombor pendaftaran ‘fancy’ dan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan di bawah undang-undang.

“Sepanjang tempoh operasi ini, Sebanyak 509 kenderaan telah diperiksa serta 571 individu diperiksa.

“Sejumlah 330 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya seperti berikut nombor pendaftaran ‘fancy’  dengan 48 saman, nombor pendaftaran tidak ikut peraturan  (47 saman) dan lain-lain kesalahan sebanyak  235 saman.

Menurut beliau, kesalahan nombor pendaftaran ‘fancy’ kekal sebagai antara kesalahan tumpuan yang dikesan.

“Kesalahan ini adalah satu pelanggaran dibawah Sekyen 14(4) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 yang boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM300 dan tidak melebihi RM3,000,”katanya

Tambah beliau, pihak polis ingin mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya memastikan kenderaan berada dalam keadaan sah dari segi lesen, insurans dan cukai jalan serta sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas yang telah ditetapkan.

“Polis akan meneruskan pemantauan dan penguatkuasaan berterusan demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan mengekang tingkah laku tidak bertanggungjawab di jalan raya.

“Sebarang maklumat atau aduan berkaitan kesalahan lalu lintas boleh disalurkan terus ke Bilik Gerakan IPD Miri di talian 085-433400 atau menerusi aplikasi ‘Volunteer  Smartphone Patrol’,” ujarnya.

Oleh Liong Chai Ling


Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: PGA Sarawak records major successes in Ops Taring and Ops Libas with RM3.6 million seized
Next: Suspect arrested with wire-cutting tools and telecom cables

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.