Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Lumba kayuh meriahkan Pesta Daro 2025, tampilkan semangat kesukanan
  • SUKAN

Lumba kayuh meriahkan Pesta Daro 2025, tampilkan semangat kesukanan

Utusan Sarawak 9 hours ago
PESERTA….Memperlihatkan kekuatan fizikal serta semangat kesukanan yang tinggi. Foto Facebook Parlimen Igan

DARO: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi telah melakukan upacara pelepasan saringan pertama Pertandingan Sukan Air yang menjadi salah satu acara kemuncak Pesta Daro 2025, pada Sabtu lalu.

Semua peserta yang mengambil bahagian dalam acara lumba berkayuh itu telah memperlihatkan kekuatan fizikal serta semangat kesukanan yang tinggi.

MULA…..Ahmad Johnie melakukan upacara pelepasan saringan pertama Pertandingan Sukan Air yang menjadi salah satu acara kemuncak Pesta Daro 2025, pada Sabtu lalu. Foto Facebook Parlimen Igan

Aspek keselamatan sepanjang acara turut diberi keutamaan. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Daro serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daro telah memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran dan keselamatan peserta serta pengunjung di kawasan sungai.

UNTUK KENANGAN…..Ahmad Johnie merakam bersama orang ramai pada Pertandingan Sukan Air sempena Pesta Daro 2025, pada Sabtu lalu. Foto Facebook Parlimen Igan

Penganjuran acara seperti ini bukan sahaja memperkukuhkan perpaduan komuniti tetapi juga menjadi platform memperkenalkan keunikan budaya dan tradisi masyarakat tempatan kepada pelancong dari luar.

Oleh Akun Giman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Thailand dan Mongolia kuasai podium Kejohanan Bola Tampar Antarabangsa di Sibu
Next: Dua beradik remaja tampil cemerlang dalam Kejohanan Dart Tertutup Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.