Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Krisis air di luar bandar: Awang Tengah gesa tindakan segera, larang pembakaran terbuka
  • Utara
  • WILAYAH

Krisis air di luar bandar: Awang Tengah gesa tindakan segera, larang pembakaran terbuka

Utusan Sarawak 1 day ago
PERMAINAN TRADISI...Awang Tengah Ali Hasan dan tetamu lain tunjuk bakat bermain permainan latup-latup yang merupakan sukan tradisional kaum Kedayan pada Pesta Makan Tahun Kedayan Limbang 2025.

LIMBANG: Keperitan penduduk luar bandar berdepan krisis air akibat kemarau dan cuaca panas terus menjadi perhatian apabila Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menggesa tindakan segera diambil bagi memastikan bekalan air bersih dapat diagihkan secara berkesan.

Menurut beliau, beberapa kawasan di Lawas dan pedalaman yang bergantung kepada sistem air graviti kini mengalami gangguan bekalan apabila paras sungai menurun akibat ketiadaan hujan.

“Sesetengah tempat bergantung sepenuhnya kepada air graviti. Apabila hujan tidak turun, mereka terjejas teruk. Malah, kawasan bandar seperti Lawas juga tidak terkecuali daripada gangguan air,” katanya ketika ditemui media selepas majlis penangguhan Pesta Makan Tahun Kedayan 2025 di Dewan Kampung Tuna Gumaya Benuas, hari ini.

Awang Tengah menegaskan bahawa penghantaran air menggunakan trak ke kawasan terjejas perlu dipertingkatkan demi kebajikan rakyat, terutamanya ketika suhu panas yang melampau melanda ketika ini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang ramai agar tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka bagi mengelakkan risiko kebakaran dan jerebu, sejajar dengan langkah kerajaan negeri dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) yang telah membatalkan semua permit pembakaran terbuka.

“Kita tidak mahu masalah kekurangan air ini ditambah dengan pencemaran udara akibat jerebu. Larangan ini adalah langkah pencegahan demi keselamatan bersama,” tambahnya.

Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus serta Pengerusi Persatuan Kedayan Limbang, Kaunselor Sufian Mohat.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pertandingan Busana Kitar Semula Cilik curi tumpuan di Pesta Daro
Next: Penglibatan aktif dalam sukan pacu keseimbangan diri pelajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.