PNK Kabong berkunjung ke rumah nelayan

Facebook
WhatsApp

ADI SAFARMAN

KABONG: Pihak pengurusan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kabong mengambil langkah proaktif dengan berkunjung ke rumah para nelayan dan peraih ikan bagi membantu golongan itu dalam urusan pemasaran.
Kunjungan berkenan dilakukan berikutan berlakunya masalah lambakan ikan di Kabong lantaran pengkuatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 yang memasuki fasa ketiga kini.

Pengerusi PNK Kabong, Darmizan Daud memberitahu semasa kunjungan ke rumah nelayan dan peraih terlibat ianya turut disertai Pengurus PNK Kabong, Sahariya Tahot dan Pembantu Ehwal Ekonomi PNK Kabong, Abdah Kadren.

“Ikan pada masa ini banyak tapi pembeli kurang kerana PKP. Semasa kunjungan pihak kami berbincang bagi mencari pendekatan terbaik terutama cara bagi urusan pemasaran ikan.

“Setelah ada kata sepakat hasil perbincangan maka pihak PNK telah mengambil pendekatan membeli semua ikan dari nelayan dan akan dihantar ke Persatuan Nelayan Sarawak (Penesa) untuk jualan terus bermula hari khamis.

“Pembelian awal terhadap hasil tangkapan nelayan akan terus dibuat hari ini untuk dikumpul terlebih dahulu dan akan disimpan di PNK Kabong sebelum dihantar ke Penesa selepas itu,” ujarnya.

Justeru Darmizan berharap para nelayan lain yang tidak dapat ditemui dalam kunjungan hari ini akan ambil maklum tentang perkara ini.

Para nelayan katanya tidak perlu risau dan boleh terus turun ke laut menangkap ikan kerana pihak PNK akan mengambil hasil tangkapan mereka nanti.

RM30 juta perkasa Sekolah Mubaligh Sarawak

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM30 juta menerusi Dana Bantuan Sekolah Mubaligh 2026 bagi memperkasa kemudahan dan infrastruktur sekolah mubaligh