
DARO: Pertandingan Bermukun yang diadakan sempena Pesta Daro 2025 bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat tempatan, malah turut memperkukuh jati diri melalui seni warisan yang terus dipertahankan dalam kalangan masyarakat.
Pertandingan akhir bermukun yang berlangsung di Pentas Utama Pesta Daro pada malam Jumaat lepas, telah diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi.
Acara tersebut yang menghimpunkan peserta dari sekitar Daerah Daro, Matu, Bintulu dan Kuching ini menampilkan kepelbagaian gaya serta kreativiti dalam seni bermukun yang menjadi warisan budaya turun-temurun.
Oleh Akun Giman